SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
1. Masuk waktu
sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama
dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh
malam.
2. Hendaklah
dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan
terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
3. Azan dan
Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada
jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
4. Tertib
dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan
mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang
yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
No comments:
Post a Comment