AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN
SELAIN SEMBAHYANG
Selain untuk
tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara
lain:
1. Azan di
telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada
telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam
sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
2. Azan pada
waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.
3. Azan pada
telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia
yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.